AKTIVITI MUSIM CUTI

Tak ade satu buku akademik pun kene pegang. Memang kosong abes la. Start je 2nd day of cuti, aku gerak pergi Dongyang lepak dengan batchmate sekalian yang tinggalkan aku sorang-sorang kt KODAE tu.Macam-macam aktiviti buat dengan budak-budak ni.

1.Main PES sampai tak ingat dunia.TV dah la besar gedabak. Main 2 orang je.Yang lain tengok macam tengok Malaysia lawan Indonesia. Nak tunggu turn kemain lama. Makin lama main makin tak power.

maen PES kat bilik manap. nampak kecik pulak TV ni.nak kene angkat 50 inci lak ni

2.Aktiviti ni paling best sekali.Buat kek coklat moist. Konon-konon kitorang ni nak jadi comel la buat kek.(winter-winter mandi sekali sekala comel ape?) Tapi kitorang buat jadi woi!haha..Ketua chef ialah zul yang ada cita-cita nak jadi chef tp maybe desakan keluarga kot kene la amek engineering.hahaha.Nak buat kek ni simple je pun. Ada cukup ingredients memang boleh jadi kek tu. Satu malam sampai 2 kek kitorang buat.

Ok ni kek sebelum toping(term topping ni tak leh jumpe dalam buku calcalus korang)

Nak wat smiley tapi tangan semua keras jadi camni la(sedap lak coklat tu oi!)

Bear manap pun nak interframe gak(ni Kek 1st nipis sikit)

Kek 2nd tebal sikit(letak lebih tepung penaik ye tuan-tuan)

3.Teman family Kauthar yang datang dari Kuala Selangor.Memang wajib la teman.Orang kampung aku pulak kan.huhu

ni dekat Nami Island femes sebab winter sonata(bukan femes sebab drama mawi tu 'seruan pulau nami')

kauthar's family and me(kauthar satu sekolah rendah dengan aku)

Cuti-cuti memang gila la.Biological clock surely dah berubah. Malam tak tido. Siang tido. Waktu makan tengah hari jadi pukul 7 petang. Makan malam pukul 3 pagi.

SESUNGGUHNYA jadilah abid di malam hari, singa di siang hari. Jangan jadi macam adib pulak.








1st year tamat


ALHAMDULILLAH tamat jugak 1st year aku kali ini.
  1. Tak kisah la ape result yang akan keluar. Yang penting 1st year dah tamat.
  2. Semester ni memang paling serabut.Banyak sangat benda jadi. Exam pun lagi lah serabut(padahal baru rasa 2 sem.haha)
  3. Start arini dah tak ade kelas.
  4. Duduk depan komputer bukak facebook, twitter, utusan , bh, malaysiakini,gmail (Setiap 5 minit akan bukak atau refresh tab-tab ni.tak ada update pun padahal)
  5. Semua bende kat internet berjaya aku baca dari gosip sampailah berita tempatan kt Malaysia tu.
  6. Of course bukak youtube.(dengar lagu adinda lah, SM the ballads hot times lagu-lagu ni bobon suggest.hahaha)
  7. Borak-borak dekat YM,Skype,facebook.
  8. Tidur (solat jangan lupa kawan-kawan)
dari kiri= atoy,adib,hanif,manap,dol (we came from the same school)

WAHHH, dapat tengok tak betapa bijak aku isi masa arini(hahaha).Esok lepak dengan kawan-kawan pulak.

SESUNGGUHNYA masa itu adalah emas. Tetapi kita yang perlu menentukan nilai emas itu. Murah atau mahal.

p/s=Esok ada puasa sunat 9 dan 10 Muharram.

Minggu Libur

Selepas tamat minggu-minggu yang memeritkan(exam calcalus dan fizik), aku telah menghabiskan masa hujung minggu(13-15 NOV) sepuas-puasnya.
  • Bermula pada hari sabtu pagi, bersama PIJUN KOSAR MUSE(senior-senior) pergi melawat tempat untuk winter camp kali ini. Perkara paling memuaskan adalah aku dapat merasa membawa kereta sebelah kanan.HUHUHU.Technically speaking tak banyak beza pun.Just kite kene tahu cara lampu isyarat di korea berfungsi.Berbeza sikit dari Malaysia.
huhuhu..bawak kete kat korea!!

Lokasi winter camp 2010 berhampiran Nami Island.
  • Selepas melawat tempat kem, kami pergi melawat rumah saudara muslim korea yang tinggal di kawasan Nami Island(tempat winter sonata berlakon).Nama saudara muslim itu abdul kareem. Dia pernah bekerja di Arab Saudi dan Singapura. Dia tinggal seorang di rumah PENSION tepi sungai. Lawa tempatnya. Sedihnya dia sakit. Baru lepas ganti limpa di China. Oleh itu untuk mengelak stress die rela tinggal seorang meninggalkan isteri dan anak-anak di Seoul. Hati kecil tertanya, ade ke tak orang follow up pasal agama dengan dia. Tanggungjawab siapa?
Lawa rumah ni, ade jeti siap

Layanan kelas A.Kesian pakcik ni sorang-sorang je tinggal
  • Jam 10 malam, sampai di Seoul. Tido sebentar dan bangon jam 12 malam. Kami bergerak ke SKKU. Sekadar melawat kawan-kawan di Suwon. Dapat jumpa ACAP.huhuhu.
jumpe acap.kesian die sukje banyak tak leh main-main
  • Jam 4 pagi balik semula ke Seoul.
  • Jam 3 petang bergerak ke Grand Annual Dinner.(tengok gambar kt FB la)
Secara keseluruhannya, minggu ini sangat produktif. Dapat berjumpa kawan-kawan di GAD boleh menyeronokkan hidup kembali.

SESUNGGUHNYA kita yang membentuk diri kita sendiri sama ada ingin sentiasa menjadi insan yang menerima atau sentiasa menjadi insan yang memberi.

IMAN


Minggu lepas, di bilik faris manap(my old schoolmate) datang 2 orang ustad tabligh dari Singapura datang menziarahi kami.Salah satu isu yang diperkatakan ialah mengenai IMAN.

  • "ANAK-ANAK, IMAN KALAU TURUN NAIK TU BENDE BIASA"
  • "MEMANG KADANG-KADANG IMAN KITA ADA DI BAWAH SEBAB KITA LALAI"
  • "TAPI HARAP-HARAP DAN BERDOALAH KITA MATI DALAM KEADAAN BERIMAN"
sambutan deepavali 6 november 2010 di Seoul, South Korea

Walaupun hanya 5 minit pertemuan kami dengan ustad tersebut, tapi apa yang diperkatakan dapat menyentuh hati terutamanya mengenai iman."Turun naek takpe,tapi jangan meninggal dalam keadaan tak beriman".Janganlah lupa berdoa, harap kite meninggal dalam keadaan beriman. Even kita ni jenis huhahua gelak sana gelak sini janganlah lupa agama kita. Peringatan untuk diri sendiri juga.

SESUNGGUHNYA iman adalah mutiara

Belajar untuk senang atau belajar benda senang

"masok kodae(korea university) ni memang salah satu kesilapan besar selain terbakar rumah tu" noobie
"asal?" wise man
"ye la belajar susah, tak paham, result terok.kawan aku lain belajar relak2 je kt sana" noobie
"ko silap mat.belajar untuk dapat ilmu. nak senang baik tak yah datang korea terus". wise man



set as desktop background tu..keh keh


WAH! i finally realised something. Ilmu tu kalo senang akan dapat sikit. Nak dapat ilmu yang power memang la susah sikit. Nak senang memang boleh. Bak kate mat saleh, "you pay what you get". Kene redha dengan path yang kita dah pilih. Everythin happens for reason(macam lagu 2pm ni part nickhun.kah kah).

SESUNGGUHNYA menuntut ilmu adalah fardu untuk setiap muslim

My father is a Policeman

to make it easier i ll be writing this in Malay and English.

  • Back to 2002 in Kuala Selangor. Masa itu masih darjah 6. Seorang cikgu berkata,"Ayah awak polis kan.Mesti ambik rasuah,". Dengan tidak mengalah terus melawan,"Ayah saya tak ambik rasuah."
  • Im proud of myself bila teringat kisah ini. Seorang budak darjah 6 lebih matang dari cikgu yang mengajar Sains. Im sorry cikgu. Even masa itu my point nak pertahankan my dad was not that strong. Im sure ayah saya tak ambil rasuah sebab saya tahu macam mana kerja dia.
  • After 8 years, i realised something. Orang besar pun tak akan selalu betul. Saya tidak akan menyalahkan cikgu tu. Sebab dia mesti ade own reason cakap macam itu.
  • Selepas 8 tahun JUGA, rasuah masih ada lagi. Im sure memang ada polis kat Malaysia yang ambil rasuah. But i dont have that kind of experience yang polis minta rasuah. If it does happen to me i will say to the policeman,"my father is a policeman too,bagi je la surat saman." Kita dah besar we should decide apa yang kita nak buat.korang cakap je bapak korang kerja polis takpunSPRM kompem2 terlepas.terlepas rasuah la.saman kene gak la
  • Im sure too tak semua polis ada terhegeh-hegeh nak ambil rasuah. Because most of the policemen are muslim too. That's the beautiful of being a muslim.
SESUNGGUHNYA rasuah tak bertepuk sebelah tangan.


LAWATAN KYONGJU

15 Disember hingga 16 Disember 2009

1.lawatan ke kyongju di bahagian selatan korea. (perjalanan mengambil masa 5 jam dari seoul)
2.melawat tempat-tempat bersejarah korea.
3.BBQ bersama cikgu-cikgu korea.
4.melawat kilang kereta hyundai
5.melawat hyundai heavy industries (buat kapal)

Pada saya, lawatan paling bermakna ialah ke Hyundai Heavy Industries. Banyak benda boleh tahu di sini. Dapat tahu sejarah Hyundai dari awal hingga sekarang. Hyundai mula membina kapal pada awal tahun 70an. Tapi pada awal tahun 2000, mereka telah menjadai peneraju pembuatan kapal di dunia. Mengambil masa hanya 30 tahun untuk mendapat tempat pertama di dunia. Dapat kita lihat macam mana gigih orang korea untuk menjadi terbaik.

Hyundai Motors mengeluarkan kereta pertama PONY hanya awal 10 tahun sebelum Proton mengeluarkan SAGA. Namun, kita dapat lihat sekarang mungkin proton sudah ketinggalan lebih dari 10 tahun. Ini dapat dibuktikan dengan pengeluaran kereta daripada Proton sebanyak 14 buah jenis kereta .Nak dibandingkan dengan Hyundai Motors pula dengan lebih 40 jenis kereta. Selain itu, Hyundai Motors juga mempelopori pembinaan bas. Mungkin kerjasama Hyundai Motors dengan company dari US membantu banyak perkembangan perniagaan mereka.

GAMBAR-GAMBAR LAWATAN

monumen di muzium

salah satu kuil keagamaan

istana lama kerajaan shilla(antara kerajaan awal di korea)

PONY masih ada di pakai di Malaysia

kilang kereta di tepi laut memudahkan eksport. kilang proton di tengah hutan di tanjung malim?

BBQ terbaik.merasa daging kambing yang mahal. terima kasih buat lecturer kami

BBQ ubi pun ada.memang kenyang!!

akhir sekali 1MALAYSIA!!!~~

Lawatan kali ini mengajar kami melihat bagaimana korea boleh membangun dari bawah sehingga ke puncak. Lawatan pun free memang la seronok. tapi cuaca sejuk membataskan pergerakan kami.

SESUNGGUHNYA setiap usaha yang mempunyai keberkatan akan membawa hasil yang lumayan di dunia dan di akhirat.

p/s=selamat tahun baru