15 Disember hingga 16 Disember 2009
1.lawatan ke kyongju di bahagian selatan korea. (perjalanan mengambil masa 5 jam dari seoul)
2.melawat tempat-tempat bersejarah korea.
3.BBQ bersama cikgu-cikgu korea.
4.melawat kilang kereta hyundai
5.melawat hyundai heavy industries (buat kapal)
Pada saya, lawatan paling bermakna ialah ke Hyundai Heavy Industries. Banyak benda boleh tahu di sini. Dapat tahu sejarah Hyundai dari awal hingga sekarang. Hyundai mula membina kapal pada awal tahun 70an. Tapi pada awal tahun 2000, mereka telah menjadai peneraju pembuatan kapal di dunia. Mengambil masa hanya 30 tahun untuk mendapat tempat pertama di dunia. Dapat kita lihat macam mana gigih orang korea untuk menjadi terbaik.
Hyundai Motors mengeluarkan kereta pertama PONY hanya awal 10 tahun sebelum Proton mengeluarkan SAGA. Namun, kita dapat lihat sekarang mungkin proton sudah ketinggalan lebih dari 10 tahun. Ini dapat dibuktikan dengan pengeluaran kereta daripada Proton sebanyak 14 buah jenis kereta .Nak dibandingkan dengan Hyundai Motors pula dengan lebih 40 jenis kereta. Selain itu, Hyundai Motors juga mempelopori pembinaan bas. Mungkin kerjasama Hyundai Motors dengan company dari US membantu banyak perkembangan perniagaan mereka.
GAMBAR-GAMBAR LAWATAN

monumen di muzium

salah satu kuil keagamaan

istana lama kerajaan shilla(antara kerajaan awal di korea)

PONY masih ada di pakai di Malaysia

kilang kereta di tepi laut memudahkan eksport. kilang proton di tengah hutan di tanjung malim?

BBQ terbaik.merasa daging kambing yang mahal. terima kasih buat lecturer kami

BBQ ubi pun ada.memang kenyang!!

akhir sekali 1MALAYSIA!!!~~
Lawatan kali ini mengajar kami melihat bagaimana korea boleh membangun dari bawah sehingga ke puncak. Lawatan pun free memang la seronok. tapi cuaca sejuk membataskan pergerakan kami.
SESUNGGUHNYA setiap usaha yang mempunyai keberkatan akan membawa hasil yang lumayan di dunia dan di akhirat.
p/s=selamat tahun baru

7 comments:
skema siot ayat bibik ak sorang ni
hohoho..mak ak kan cikgu BM..hahah
Hahahha... ade gak smangat 1 Malaysia kt Korea, igtkn Najib dtg France jeutk promote 1Malaysia... haha
haha..1malaysia dimane2 tabeb..jgn men2
sian manap!
hahah ;p
*isa*
kinda impress when reading your blog...very mature when giving an opinion...pandai buat kek coklat nampak pun sedap :)
wonder why there's no post for 2011??
Post a Comment