AKTIVITI MUSIM CUTI

Tak ade satu buku akademik pun kene pegang. Memang kosong abes la. Start je 2nd day of cuti, aku gerak pergi Dongyang lepak dengan batchmate sekalian yang tinggalkan aku sorang-sorang kt KODAE tu.Macam-macam aktiviti buat dengan budak-budak ni.

1.Main PES sampai tak ingat dunia.TV dah la besar gedabak. Main 2 orang je.Yang lain tengok macam tengok Malaysia lawan Indonesia. Nak tunggu turn kemain lama. Makin lama main makin tak power.

maen PES kat bilik manap. nampak kecik pulak TV ni.nak kene angkat 50 inci lak ni

2.Aktiviti ni paling best sekali.Buat kek coklat moist. Konon-konon kitorang ni nak jadi comel la buat kek.(winter-winter mandi sekali sekala comel ape?) Tapi kitorang buat jadi woi!haha..Ketua chef ialah zul yang ada cita-cita nak jadi chef tp maybe desakan keluarga kot kene la amek engineering.hahaha.Nak buat kek ni simple je pun. Ada cukup ingredients memang boleh jadi kek tu. Satu malam sampai 2 kek kitorang buat.

Ok ni kek sebelum toping(term topping ni tak leh jumpe dalam buku calcalus korang)

Nak wat smiley tapi tangan semua keras jadi camni la(sedap lak coklat tu oi!)

Bear manap pun nak interframe gak(ni Kek 1st nipis sikit)

Kek 2nd tebal sikit(letak lebih tepung penaik ye tuan-tuan)

3.Teman family Kauthar yang datang dari Kuala Selangor.Memang wajib la teman.Orang kampung aku pulak kan.huhu

ni dekat Nami Island femes sebab winter sonata(bukan femes sebab drama mawi tu 'seruan pulau nami')

kauthar's family and me(kauthar satu sekolah rendah dengan aku)

Cuti-cuti memang gila la.Biological clock surely dah berubah. Malam tak tido. Siang tido. Waktu makan tengah hari jadi pukul 7 petang. Makan malam pukul 3 pagi.

SESUNGGUHNYA jadilah abid di malam hari, singa di siang hari. Jangan jadi macam adib pulak.








1st year tamat


ALHAMDULILLAH tamat jugak 1st year aku kali ini.
  1. Tak kisah la ape result yang akan keluar. Yang penting 1st year dah tamat.
  2. Semester ni memang paling serabut.Banyak sangat benda jadi. Exam pun lagi lah serabut(padahal baru rasa 2 sem.haha)
  3. Start arini dah tak ade kelas.
  4. Duduk depan komputer bukak facebook, twitter, utusan , bh, malaysiakini,gmail (Setiap 5 minit akan bukak atau refresh tab-tab ni.tak ada update pun padahal)
  5. Semua bende kat internet berjaya aku baca dari gosip sampailah berita tempatan kt Malaysia tu.
  6. Of course bukak youtube.(dengar lagu adinda lah, SM the ballads hot times lagu-lagu ni bobon suggest.hahaha)
  7. Borak-borak dekat YM,Skype,facebook.
  8. Tidur (solat jangan lupa kawan-kawan)
dari kiri= atoy,adib,hanif,manap,dol (we came from the same school)

WAHHH, dapat tengok tak betapa bijak aku isi masa arini(hahaha).Esok lepak dengan kawan-kawan pulak.

SESUNGGUHNYA masa itu adalah emas. Tetapi kita yang perlu menentukan nilai emas itu. Murah atau mahal.

p/s=Esok ada puasa sunat 9 dan 10 Muharram.